Port Dickson, 25 Sept – kolej UNITI menyambut baik lawatan kerjasama dari University Malaysia Of Computer Science & Engineering (UNIMY) pada Jumaat lalu.
Lawatan yang diketuai oleh En. Muhammad Amin bin Shaari selaku Dekan Akademik bertujuan untuk mengadakan kerjasama bagi memberi peluang pelajar Diploma Kolej UNITI menyambung pengajian peringkat bacelor di UNIMY terutamanya dalam bidang komputer dan perniagaan.
Perbincangan dimulakan dengan pengenalan ringkas tentang Kolej Uniti oleh Puan Habsah Abdul Shaer, Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan dan diikuti dengan pembentangan tentang UNIMY oleh En. Amin.
Dalam pertemuan itu, En Amin menjelaskan peluang pelajar Kolej UNITI menyambung pengajian ke peringkat bacelor di UNIMY dengan sekurang-kurangnya mendapat pengurangan satu semester pengajian. Ini dapat menjimatkan masa belajar para pelajar.
UNIMY yang merupakan “boutique University” hanya menawarkan program-program eksklusif yang berkaitan komputer dan Teknologi dengan fasiliti yang lengkap dan terkini.
Lawatan ini turut dihadiri oleh En Vinod Ramanathan, Ketua Jabatan Komputer, En Gopidevanath, Ketua Jabatan Perniagaan dan En Ahmad Hazri Mohamed Aris selaku pengurus Kemasukan Nasional.
Perbincangan susulan akan diadakan antara pensyarah Kolej Uniti dengan UNIMY bagi membincangkan dengan lebih terperinci jumlah jam kredit yang layak untuk dipindahkan.
Sebelum mengakhiri pertemuan itu, pihak UNIMY menyampaikan hasrat untuk berkolaborasi dengan Kolej UNITI dalam pelbagai aspek lain yang boleh memberi manfaat bersama.
