Kolej Uniti Kota Bharu Melancarkan Program Bantuan Anak Yatim

  • Awards, Business, History, Success
  • No Comments
  • Muhaimin Muhammad

Pembukaan

KUALA LUMPUR– KETUA Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Encik Amir Hamzah Md Isa telah dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera bagi penggal 2020/2023.

Pelantikan tanpa bertanding itu dibuat secara sebulat suara pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2019 ke-20 yang berlangsung di Menara Arina UNITI, Kuala Lumpur pada 21 September lalu.

Pada sesi pemilihan itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Pengurusan Penerbangan, Capt. Ab Manan Mansor dilantik sebagai Timbalan Presiden, menggantikan Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor yang tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Geomatika University College, Prof. Dr. Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Timur, Datuk Norayini Ali telah dipilih sebagai Naib Presiden 1 dan 2.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education and Training Institute, Encik Ahmad Firdhaus Ramlan serta Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr. Ramlee Mohd Junus masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung manakala Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd Adnan Roslie dipilih sebagai Bendahari Kehormat dan penolongnya disandang oleh Datuk Abdul Murad Ahmad.

Berita Penuh

Pada majlis yang dihadiri lebih 70 orang perwakilan mewakili 35 daripada 44 IPTS yang mengganggotai PKIBM, seramai lima Ketua Pegawai Eksekutif lain turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) bagi penggal 2020/2023.

Mereka ialah Prof. Dr Wan Azizi Wan Sulaiman (Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS), Faizatul Akmar Dato’ Hisan (Kolej Universiti Agrosains Malaysia), Tina Tajuddin (Kolej Antarabangsa TAJ), Norhisyam Abdul Rahman (Kolej Universiti WIDAD) dan Zahar Ali (Kolej Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan)

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Queens, Alkmar Nazrul Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Alfa, Fairuz Kamarulzaman pula dilantik sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.

Perlantikan semula Encik Amir Hamzah sebagai Presiden persatuan itu dilihat banyak pihak sebagai tepat pada masanya memandangkan beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam menggerakkan PKIBM tetapi apa yang lebih penting, memastikan segala komitmen dan usaha dilakukan sebelum ini dapat diteruskan.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Encik Azhar Ahmad.

En. Amir Hamzah Md Isa Presiden PKIBM menerima Sijil Penghargaan.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohamed Mustafa telah menzahirkan penghargaan kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi kepada kepimpinan Encik Amir Hamzah dalam membantu Jabatan Pendidikan Tinggi mendepani tempoh yang sukar berikutan pandemik Covid-19.

Menurut Mohamad Mustafa, PKIBM telah terbukti komited serta bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu dan menaungi kepentingan usahawan-usahawan pendidikan Bumiputera di seluruh negara melalui pendekatan berdiplomasi namun berkesan.

“Kerajaan sentiasa melihat sektor pendidikan tinggi sebagai industri strategik dan semasa awal pandemik Covid-19, PKIBM telah memainkan peranan yang besar dalam menggerakkan usaha memastikan kelestarian dan kelangsungan operasi IPTS di seluruh negara.

“Saya berharap hubungan baik yang sedia terjalin antara Jabatan Pendidikan Tinggi dan PKIBM akan terus dipereratkan,” katanya.

Selain Kolej UNITI Port Dickson, sebuah lagi IPT milik penuh Kumpulan UNITI Asia, Kolej UNITI Kota Bharu, Kelantan turut menganggotai PKIBM yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu, Cik Seri Banun Bakhtiar turut hadir sebagai perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM kali ini.

Sejak Januari lalu, Sekretariat PKIBM beroperasi sepenuhnya di UNITI Virtual Office, milik penuh Kumpulan UNITI Asia di Menara Arina UNITI, Kuala Lumpur.

Para pewakilan sedang mambuat pengundian untuk calon pilihan

Dalam pada itu, seperti tahun-tahun sebelumnya, D’Arina Skyview, milik penuh Smart Treasure Sdn Bhd, sebuah lagi subsidari Kumpulan UNITI Asia sekali lagi dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM.

Lokasinya yang strategik, lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan penganjuran sebarang acara serta beraneka juadah yang enak, D’Arina Skyview menawarkan pakej mesyuarat dengan harga berpatutan.

Author: Muhaimin Muhammad

Leave a Reply